kaki bodek sama cam nak makan kaki

Monday, October 31, 2011

kapitalis

Umum mengetahui, sekarang kita bakal meninggalkan tahun 2011 dan memasuki tahun 2012.Tahun 2012 ini adalah tahun yang akan membawa kemelut dan krisis ekonomi runcing bukan sahaja untuk negara kita malah untuk semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Sistem kapitalis adalah satu sistem ciptaan manusia,sistem ini merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.

Namun, semua sistem ciptaan manusia ini tidak akan bertahan lama. Ianya akan sampai kepada satu kemuncak di mana sistem ini tidak dapat lagi untuk berfungsi kepada tujuan asalnya.Kegagalan sistem buatan manusia iaitu sistem kapitalis telah menampakkan kerosakan dan kegagalannya.

Kaum pemodal antarabangsa tidak lagi dapat duduk dengan senang. Kalau kita imbas kembali kriris ekonmi yg berlaku pada 2009, sebanyak 115 bank di Amerika Syarikat telah muflis dalam tahun 2009. Satu angka yang cukup besar berbanding dengan krisis-krisis sebelum ini. Ini berlaku kerana sistem ini sedang berada di kemuncaknya, produksi yang berlebihan ini sedang menghambat dan menekan para-para pemodal tersebut.Hakikatnya - sistem ekonomi kapitalis sedang dibaham barah lebihan produksi - hinggakan tidak ada kimotheraphy yang akan dapat membantu mereka.

Tidak di nafikan bahawa kaum pemodal antaranbangsa sudah menjangkakan akan situasi ini, mereka mengarahkan Bank Dunia, IMF, WTO untuk memaksa pasaran dibuka seluas mungkin agar modal dapat merembat bahan bahan mentah dan barangan buatan syarikat multinational dapat dilambakkan ke pasaran negara negara dunia ketiga seperti  Malaysia.Mereka menjalankan perang di Iraq dan Afghanistan. Perang kolonial ini bertujuan untuk merampok semua telaga minyak dan gas di kawasan timur tengah.

Namun harus di ingt bahawa China adalah pendatang baru dalam sistem ini. Mereka begitu rakus mencari bahan mentah dan membuka pasaran demi pasaran di seluruh dunia. Kuasa China ini sedang mengancam industri tempatan. China yang telah murtad dari sistem sosialis kini telah mula menjadi peniaga senjata. Ini tidak pernah berlaku ketika China mengamalkan sistem ekonomi sosialis. 
Semua ini membawa tanda-tanda bahaya kepada umat dunia.

Dalam "The Communist Manifesto", Karl Marx dan Friedrich Engels mengatakan bahwo kapitalisme mempunyai beberapa kelemahan. Kelemahan-kelemahan ini, menurut Marx akan mengakibatkan resesi ekonomi. Marx menyatakan bahwa kapitalisme hanya akan memakmurkan kaum borjuis (kaya) saja. Saat ini, di AS, semakin besar sebuah perusahaan, maka semakin besar pula kejatuhannya. Faktor hutang yang terutama melilit perusahaan tersebut.

Duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu.kita semua terpaksa menyimpan makanan, bukannya duit kertas ataupun duit elektronik. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang menyimpan makanan seberapa banyak yang boleh! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berlegar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk jahanam.

Tahun 2010 ini adalah tahun susah. Harga barangan dan kos sara hidup akan meninggi. Ini tidak setampil dengan tangga gaji dan upah harga memburuh. Anak anak muda akan mula memasuki pasaran buruh dan mereka akan berhadapan dengan hakikat bahawa peluang kerja semakin berkurangan.

Ekonomi yang berasaskan tenaga buruh impot yang murah kini sedang memakan diri kita sendiri. Hampir tiga juta buruh murah ini sedang menafikan hak warga untuk menuntut tangga gaji yang lumayan dan berpatutan dengan kos sara hidup. Tidak ada warga Malaysia yang akan sanggup tidur 12 orang dalam satu bilik.



Seelok-eloknya hapuskan sebarang kredit dalam hidup anda spt kereta, rumah kad kredit, pinjaman court mammoth dan lain lain.Sekarang adalah masa yang terbaik untuk melabur membeli  2 aset yang penting ini, iaitu tanah dan jongkong emas.

 Justeru semua warga Malaysia wajib berwaspada dan jangan terperangkap dengan propaganda kaum pemodal ini.Satu Malaysia wajib bersedia untuk bangun melawan untuk melahirkan sebuah Malaysia untuk anak semua bangsa

No comments:

Post a Comment