Hasrat Dengki.
Khas Buat Teman-TemanKu Dan Hindarilah Akan
Hasad Dengki
Hasad dengki sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat
pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad berasal
daripada bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang yang mempunyai sifat hasad ini
mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada
dirinya.
Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dengki' digandingkan dengan perkataan hasad
bermaksud: "Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang
amat sangat." Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam
diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan."
Dalam Kitab Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali ada disimpulkan punca
dan sebab timbulnya perasaan hasad dengki. Antaranya ialah:
1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Perasaan inilah yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Mereka yang
disakiti oleh seseorang, pasti berasa marah lalu menimbulkan kebencian. Di
sini akan tertanamlah bibit dengki dalam dirinya.
2. Berasa Diri Mulia.
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu berasa keberatan kalau ada
orang yang mengatasi kebolehannya. Dia tidak rela kalau ada orang lain yang
melebihinya.
3. Takbur.
Orang yang mempunyai sifat takbur mempunyai watak suka membesarkan diri
terhadap orang lain. Dia selalu memperkecilkan dan suka memperhambakan
seseorang. Begitulah halnya dengan sikap Iblis yang takbur, lalu dia
dilaknat oleh Allah S.W.T.
4. Ujub.
Allah S.W.T. telah menjelaskan kepada kita perihal umat di zaman silam.
Mereka berasa takjub dengan diri mereka sendiri. Keadaan ini menghalang
mereka daripada mendapatkan kebenaran.
5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan.
Biasanya perasaan ini wujud di kalangan orang yang saling berlumba-lumba
merebut sesuatu habuan. Setiap orang akan berasa dengki kepada saingannya
apabila saingannya mendapat sesuatu kelebihan.
6. Ghairah Untuk Menjadi Ketua dan Mencari Populariti.
Seseorang yang terlalu ghairah untuk mencari populariti atau terlalu ghairah
untuk mendapatkan jawatan tertentu akhirnya terdedah kepada sifat hasad
dengki. Apabila orang lain berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan
olehnya itu akan timbul hasad dengki.
7. Busuk Hati.
Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu
tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila
disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya
menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak
lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka
hati.
Walau bagaimanapun dalam Islam terdapat dua perkara yang dibenarkan hasad.
Jenis hasad ini dipanggil sebagai 'ghibtah' iaitu iri hati dengan kejayaan
dan kemampuan seseorang lalu dia cuba bersaing secara sihat. Sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak boleh dengki dan iri hati kecuali
dalam dua perkara; iaitu iri hati terhadap orang yang dikurniai harta lalu
menginfakkannya (di jalan Allah) pada malam dan siang hari, (juga iri hati)
kepada orang yang diberi kepandaian membaca al-Quran lalu membacanya setiap
malam dan siang" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Rokok batang
kaki bodek sama cam nak makan kaki
Monday, October 31, 2011
antara dua darjat
masih ingat ?????????
Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang.
Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.
Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.
kes 2
Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini. Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.
Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul.
Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.

Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan. Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN
kapitalis
Umum mengetahui, sekarang kita bakal meninggalkan tahun 2011 dan memasuki tahun 2012.Tahun 2012 ini adalah tahun yang akan membawa kemelut dan krisis ekonomi runcing bukan sahaja untuk negara kita malah untuk semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.
Sistem kapitalis adalah satu sistem ciptaan manusia,sistem ini merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.
Namun, semua sistem ciptaan manusia ini tidak akan bertahan lama. Ianya akan sampai kepada satu kemuncak di mana sistem ini tidak dapat lagi untuk berfungsi kepada tujuan asalnya.Kegagalan sistem buatan manusia iaitu sistem kapitalis telah menampakkan kerosakan dan kegagalannya.
Kaum pemodal antarabangsa tidak lagi dapat duduk dengan senang. Kalau kita imbas kembali kriris ekonmi yg berlaku pada 2009, sebanyak 115 bank di Amerika Syarikat telah muflis dalam tahun 2009. Satu angka yang cukup besar berbanding dengan krisis-krisis sebelum ini. Ini berlaku kerana sistem ini sedang berada di kemuncaknya, produksi yang berlebihan ini sedang menghambat dan menekan para-para pemodal tersebut.Hakikatnya - sistem ekonomi kapitalis sedang dibaham barah lebihan produksi - hinggakan tidak ada kimotheraphy yang akan dapat membantu mereka.
Tidak di nafikan bahawa kaum pemodal antaranbangsa sudah menjangkakan akan situasi ini, mereka mengarahkan Bank Dunia, IMF, WTO untuk memaksa pasaran dibuka seluas mungkin agar modal dapat merembat bahan bahan mentah dan barangan buatan syarikat multinational dapat dilambakkan ke pasaran negara negara dunia ketiga seperti Malaysia.Mereka menjalankan perang di Iraq dan Afghanistan. Perang kolonial ini bertujuan untuk merampok semua telaga minyak dan gas di kawasan timur tengah.
Namun harus di ingt bahawa China adalah pendatang baru dalam sistem ini. Mereka begitu rakus mencari bahan mentah dan membuka pasaran demi pasaran di seluruh dunia. Kuasa China ini sedang mengancam industri tempatan. China yang telah murtad dari sistem sosialis kini telah mula menjadi peniaga senjata. Ini tidak pernah berlaku ketika China mengamalkan sistem ekonomi sosialis.
Semua ini membawa tanda-tanda bahaya kepada umat dunia.
Dalam "The Communist Manifesto", Karl Marx dan Friedrich Engels mengatakan bahwo kapitalisme mempunyai beberapa kelemahan. Kelemahan-kelemahan ini, menurut Marx akan mengakibatkan resesi ekonomi. Marx menyatakan bahwa kapitalisme hanya akan memakmurkan kaum borjuis (kaya) saja. Saat ini, di AS, semakin besar sebuah perusahaan, maka semakin besar pula kejatuhannya. Faktor hutang yang terutama melilit perusahaan tersebut.
Duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu.kita semua terpaksa menyimpan makanan, bukannya duit kertas ataupun duit elektronik. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang menyimpan makanan seberapa banyak yang boleh! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berlegar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk jahanam.
Tahun 2010 ini adalah tahun susah. Harga barangan dan kos sara hidup akan meninggi. Ini tidak setampil dengan tangga gaji dan upah harga memburuh. Anak anak muda akan mula memasuki pasaran buruh dan mereka akan berhadapan dengan hakikat bahawa peluang kerja semakin berkurangan.
Ekonomi yang berasaskan tenaga buruh impot yang murah kini sedang memakan diri kita sendiri. Hampir tiga juta buruh murah ini sedang menafikan hak warga untuk menuntut tangga gaji yang lumayan dan berpatutan dengan kos sara hidup. Tidak ada warga Malaysia yang akan sanggup tidur 12 orang dalam satu bilik.
Seelok-eloknya hapuskan sebarang kredit dalam hidup anda spt kereta, rumah kad kredit, pinjaman court mammoth dan lain lain.Sekarang adalah masa yang terbaik untuk melabur membeli 2 aset yang penting ini, iaitu tanah dan jongkong emas.
Justeru semua warga Malaysia wajib berwaspada dan jangan terperangkap dengan propaganda kaum pemodal ini.Satu Malaysia wajib bersedia untuk bangun melawan untuk melahirkan sebuah Malaysia untuk anak semua bangsa

Thursday, June 2, 2011
selebihnya manusia berada dalam kegelisahan
manusia mmg tidak bleh lari lagi dari masalah yang selalu mencari ketika kita lalai ataupun dalam senang ataupun susah,..dalam kehidupan seharian ,mungkin sekejap berada dalam kesenangan dan selebihnya manusia berada dalm kegelisan jika tidak dikawal merosakan kehidupan dan sosial dalam kehidupan.bagi aku jika nak lari pada masalah senag ja lari lar sampai hujung dunia lepas tu terjun hihiih..bagi aku kehidupan singkat kita ni patut dilakukan sebaiknya dont worry mesti selamat asalkan percaya pada diri kita ni ..gelisah dan masalah adalah mainan kehidupan yang seringkali terjadi kepada semua golongan tak kira lar golongan kapitalis atau pun golongan bawahan seperti aku ni ..bukan sistem kasta yang aku maksudkan tetapi setiap manusia ada kegelisahan tesendiri terjadi pd setiap orang..aku cuma pegang satu saja pedulikan kata2 orang lain ,terima diri kita biarlah dilebel orang kampung .tetapi jika aku dapat gegarkan dunia?ya aku masih orang kampung tetapi orang kampung yang berpendidikan bukan hanya lepak di tepi parit sambil main guitar..bagi sesetengah orang kegelisahanya pada wang .memang duit adalah segalanya bagi aku .tapi bagi aku duit itu bukan hanya untuk kita.bukan hanya untuk kesenangan diri sendiri tetapi bersama..dan bersama hihiihih..baik dak aku
Subscribe to:
Posts (Atom)