
kalo la semua orang di dunia ni memiliki sifat pentingkan diri bagi aku .tak kemana dunia ni .kita semua hanya tahu jaga periuk nasik masing sahaja ..memang kadang kala kita harus mememtingkan diri .tapi biarla berpada pada..cuba la kita fikir kan kalo la ada hanya seguni wang kat dalam dunia ni dan dia milik hampa dan hampa hanya simpan kat rumah sahaja dah tidak memberi ...so apa guna duit tu sedangkn yang lain miskin .ekonomi tak da maju nya..pentingkan diri merupakan sikap yang patut kita buang jauh-jauh dari hidup kita.biarla sikit sama di cicah ,misalnya aku nak cakap tentang kawan-kawan aku .kita sama-sama nak berjuang nak dapat segulung diploma kan ..kita semua sama ja bermula dari kosong .bayangkan la kalo cikgu kita bersikap pentingkan diri .tak kemana kan kita ni .kita ni semua sama ja asal dari tanah ja .balik pon pada tanah jugak .kadang -kadang orang yang bersikap macamni selalunya mempunyai sikap tambahan iaitu busuk hati .biar ja la orang nak berjaya sesama kita .tak payah la kita nak tengok kawan -kawan kita kecundang .aku pun kesal kerana sifat-sifat macamni ada pada kawan kawan yang agak cemerlang .sememangnya apabila tuhan dah berikan kita dan memudahkan kita patut la kita semua ni menegur dan menyampai kepada sesama kita..dalam islam pun setahu aku sikap ini dikeji.aku harap pada semua kawan kawan aku buang la sikap pentingkan diri ni .ingat dunia ini adalah roda yang selalu berputar dan kita selalunya tidak berada di atas.
Hadith : Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).” (Muslim)
No comments:
Post a Comment